Friday, 18 February 2011

Kebaikan Memakan Coklat ^^, I Like Chochlate.







  Sejak turun- temurun ,coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan  masyarakat di seluruh dunia .Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat.Pada masa itu,coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk raja -raja,perwira dan pembesar negara.Kini,coklat yang dihasilkan daripada buah koko itu dapat dinikmati oleh semua orang.Hal ini menyebabkan industri  berasaskan  koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara.


 Coklat mempunyai kandugan serat yang tinggi ,karbohidrat,antioksida,kalsium,dan vitamin A,B,C,D.Mengikut kajian Sains,pengambilan coklat dapat melegakan otot.Namun demikian,sekiranya diambil secara berlebihan ,coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu  rehat sehingga asid perut mudah masuk kedalam esofagus,iaitu saluran makanan yang terletak diantara tekak dengan perut.Keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaaan dalaman kepada manusia.Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya.Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair di dalam mulut.

 Hasil kajian mendapati bahawa ketika memakan coklat,aromanya mampu merehatkan minda seseorang .Disamping itu,pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan rileks.Coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya..Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia menguyah coklat tiga kali sebulan,mereka diramalkan dapat hidup setahun  lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung.

Selain itu,coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan menggelakkan darah daripada membeku di dalam jantung.Penghidap asma juga di galakkan supaya memakan coklat untuk melegakan   saluran pernafasan di dalam paru-paru .Kandungan bAHan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk.Namun begitu,manusia perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti.

No comments:

Post a Comment